Jumaat, 22 Julai 2011

SK TASIK DAMAI TEMPAT KETIGA TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2010/2011

Muhammad Azizi Haznal bin Samhudi menjadi kebanggaan SK Tasik Damai kerana berjaya mengharumkan nama di peringkat kebangsaan dan berjaya mendapat tempat ketiga. Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan yang diadakan pada malam 16 Julai 2011 di Hotel Quality Shah Alam turut dihadiri semua calon tokoh NILAM seluruh negara.

Muhammad Azizi Haznal menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid di SK Tasik Damai untuk bergiat aktif dalam program NILAM sekolah.

Menurut Muhammad Azizi, dia tidak menyangka berjaya berjaya hingga di tahap ini. Walaupun tidak berjaya menjadi Johan/ Naib Johan dalam pertandingan itu, beliau tetap bersyukur atas apa yang diperolehi dan menyeru agar adik-adik dan rakan-rakan di SK Tasik Damai khususnya dan pelajar-pelajar di sekolah lain amnya dapat menjadikan membaca itu sebagai hobi, kerana dengan membaca, dapat meluaskan pengetahuan.

"Ambillah masa, walaupun sejam sehari untuk membaca. Memang benar kata pepatah, membaca jambatan ilmu", ujarnya lagi.

Menurut Azizi lagi, "kejayaan yang dikecapinya sehingga kini, tidak akan terlaksana sekiraya tiada orang kuat dibelakangnya terutama guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan".

Pn Sakila bt Ishak, 38 yang merupakan Guru Perpustakaan Media SK Tasik Damai sangat gembira dengan kejayaan yang dikecapi oleh anak didiknya ini. Kejayaan ini akan dikongsi bersama seluruh warga SK Tasik Damai.

Menurutnya lagi, Muhammad Azizi Haznal ini memberikan satu fenomena baharu kepada warga sekolah bahawa dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu platform kejayaan bagi seseorang invidu, terutama pelajar sekolah.

Pn Faizah Abdul Rahman, 36 pula berpendapat bahawa kejayaan Muhammad Azizi Haznal di persada Anugerah NILAM ini merupakan kejayaan yang layak diperolehinya. memandangkan Muhammad Azizi ini merupakan seorang yang baik, pandai membahagikan masa dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Menurut guru agama ini lagi, Muhammad Azizi Haznal sering menyertai pertandingan ko akademik yang lain, seperti Pertandingan Bercerita MTQ, Tilawah Al Quran, Bercerita Bahasa Melayu, Bercerita Bahasa Inggeris, Pertandingan Mendeklamasikan Sajak.

Pn Shamala Devi a/p Jairaman, 35 merupakan Guru Kelas Muhammad Azizi sepanjang 2 tahun. Menurutnya Muhammad Azizi Haznal merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. buktinya pelbagai anugerah yang diperolehi sepanjang tahun. Dalam kokurikulum, Muhammad Azizi ini mewakili daerah dalam pasukan hoki dan bola sepak.

Walaupun begitu, Muhammad Azizi berjaya membahagikan masa dengan baik. buktinya dalam peperiksaan Percubaan UPSR yang diadakan baru-baru ini, Muhammad Azizi berjaya memperoleh keputusan 5A. katanya lagi.

Pihak sekolah sangat berbangga dengan kejayaan Muhammad Azizi, walaupun impian sekolah mengharapkan tempat pertama, namun kesungguhan Muhammad Azizi berusaha dalam pencalonan tersebut boleh dibanggakan.

 Muhammad Azizi Haznal bergambar kenangan bersama trofi, sijil dan wang tunai yang dimenangi

Saat gembira dikongsi bersama Guru Perpustakaan Maklumat (GPM) Pn Sakila bt Ishak (tengah) yang banyak membantu beliau sepanjang bergelar Tokoh NILAM dari peringkat sekolah lagi.


Bersama ahli keluarga Guru Pembimbing dan rakan Tokoh NILAM di peringkat Kebangsaan, Anis Syazwani bt Salman (kanan sekali)

Bergambar kenangan bersama Anis Syazwani bt Salman


Muhammad Azizi Haznal bin Samhudi bersama Guru Perpustakaan Media SK Tasik Damai, Pn. Sakila bt Ishak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan