Keempat-empat tokoh NILAM negeri Perak ini akan bertanding di Anugerah NILAM peringkat Kebangsaan pada 14 hingga 17 Julai 2011.
Pihak BTPN Perak yang dikelolakan oleh Tn. Hj Alias, Cik Haslinda dengan kerjasama 2 Guru Cemerlang Bahasa Melayu yang tidak asing lagi iaitu Pn. Hasni dan En Chai Loon Guan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Negeri Perak pada 22 Jun hingga 24 Jun 2011 dan 4 dan 5 Julai 2011 yang lalu.
Bengkel ini sedikit banyak membantu Calon Tokoh NILAM Kebangsaan mempersiapkan diri mereka untuk bertanding di Anugerah NILAM Kebangsaan pada 14 hingga 16 Julai 2011 di Hotel Quality, Shah Alam.
Menurut Muhammad Azizi, 12, Cabarannya kali ini ialah terpaksa membahagikan masa untuk persiapan Anugerah NILAM Kebangsaan dan juga Peperiksaan Percubaan UPSR pada 12 hingga 14 Julai nanti.
"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi membawa nama baik SK Tasik Damai, PKG Tasek, Daerah Kinta Utara, Negeri Perak yang berketepatan dengan Moto "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan", ujarnya bersemangat.
Seorang lagi Calon Tokoh NILAM Kebangsaan, Anis Syazwani bt Salman17, memberitahu
dia begitu gembira sekali dan bersyukur kerana diberi peluang untuk mengharumkan nama Negeri Perak di Anugerah NILAM Kebangsaan itu nanti.
"Peluang ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk mengharumkan nama ibu bapa, sekolah, daerah, negeri khasnya," kata pelajar tingkatan lima ini.
Nur 'Athirah Faisal Sabri dari SMK Raja Perempuan Ipoh pula memberitahu bahawa dia tidak menyangka bahawa dia berjaya hingga ke peringkat ini. Dengan membaca dijadikan sebagai hobi, dan menulis ringkasan di dalam buku NILAM sekolah, dia telah mendapat pelbagai anugerah, hadiah dan sebagainya. Malah dia juga dikenali sebagai "Ulat Buku" dikalangan teman rapat di sekolah.
Berlainan pula dengan Ahmad Afiq Ahmad Nazri yang menjadikan hobi membaca ini sejak berumur 4 tahun lagi.
"Saya gemar membaca buku fiksyen dan juga buku bukan fiksyen yang dipinjam di Pusat Sumber sekolah bila ada waktu lapang, terutama waktu rehat sekolah. Sejak di tahun 1 lagi, saya sudah mula menulis dalam buku catatan NILAM sekolah saya. Ibu bapa juga sering memberikan galakan kepada saya." ujarnya.
Bengkel Intensif Calon Tokoh NILAM Kebangsaan yang diadakan di BTPN Perak pada 22 hingga 24 Jun 2011. Puan Hasni (Guru Cemerlang) memberikan tips mengenai Pengucapan Awam.
En Chai Loon Guan bergambar bersama Tokoh NILAM Negeri Perak 2010/2011
Tokoh Nilam Negeri Perak bergambar kenangan bersama guru-guru mereka
Guru Besar SK Tasik Damai, En. Mohd Suhaimi bin Mohd Hashim bersama Trofi Kemenangan dan Tokoh NILAM Negeri Perak 2010/2011, Muhammad Azizi Haznal bin Samhudi.
Pn Sakila bt Ishak (Guru Perpustakaan Media) SK Tasik Damai bergambar kenangan bersama Kedua ibu bapa Muhammad Azizi Haznal bin Samhudi.
Muhammad Azizi Haznal bersama Trofi dan wang tunai bergambar kenangan bersama Puan Sakila Ishak. Turut bersama rakan-rakan meraikan kejayaan iaitu Muhammad Faiq dan Assolehah.
Bergambar kenangan di hari terakhir Bengkel Pemantapan Calon Tokoh Nilam Kebangsaan di BTPN Perak.
Kad Ucapan Guru Besar kepada Muhammad Azizi Haznal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan